Thursday 28 November 2013



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pada 24 Nov 2013 (hari Ahad) yang lalu telah berlangsung majlis yang gemilang iaitu The Grand Ihtifal 2013, bertempat di Dewan MBSA Alam Budiman. Majlis bermula pada jam 2.00 petang dengan kehadiran para ibu bapa / penjaga pelajar dan dikuti dengan ketibaan Tetamu Jemputan, iaitu Pn Hafizah aliman, Principal LC German Malaysia Institute yang telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan The Grand Ihtifal 2013. Buat julung kalinya, majlis ini menggabungkan 3 buah tadika Little Caliphs (LC) iaitu TADIKA KHALIFAH MAKMUR (Meru - Pn Safuah Hamzah), TADIKA KEMBARA KHALIFAH (Kapar - Pn Nurul Majdi Md Ali) dan TADIKA CAHAYA KHALIFAH (Hjh Noorhayu Hj Hassan). Majlis sepatutnya dirasmikan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor tetapi beliau terpaksa menarik diri di saat-saat akhir kerana komitmen tugas yang lain. Namun begitu, kehadiran Pn Hafizah Aliman telah berjaya memberikan impak yang positif kepada hadirin. 

Beberapa acara turut diatur seperti Ucapan Pembukaan oleh Pengarah TADIKA CAHAYA KHALIFAH, Hj Mustafa Kamal Wahab, Tilawah Al-Qur'an dan surah-surah hafazan oleh pelajar Little Caliphs dari ketiga-tiga LC, persembahan montaj, nyanyian nasyid, pentomime, jamuan dan diakhiri dengan penyampaian memento kepada Tetamu Jemputan oleh Pengurus / Principal TADIKA CAHAYA KHALIFAH, Hjh Noorhayu Hj Hassan kepada Tetamu Jemputan. Majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar 6 tahun LC yang telah menamatkan pendidikan pra-sekolah mereka di LC dan akan mula mengikuti pendidikan sekolah rendah mulai 2014. Semua acara yang diatur, melibatkan kesemua para pelajar daripada ketiga-tiga LC. 


جزاك اللهُ خيراً



Wednesday 27 November 2013

November Birthday Celebrations


Sarah`s 6th Birthday



Adam Uqail is 4 years old



Fasihah 6th birthday celebration



Zeiril celebrated his 5th birthday with his brother, Zaffril



Qaseh is 5 years old while Alesya has turned 6