Monday 20 May 2013

Program Jiwa Murni Sempena Sambutan Maulidur Rasul


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

1.    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian, untuk maklumat, pihak Pengurusan TADIKA CAHAYA KHALIFAH (TCK) telah melaksanakan Program Jiwa Murni sebagai salah satu aktiviti pembangunan rohani untuk para pelajar TCK yang berusia antara 4 hingga 6 tahun. Objektif program ini seperti yang berikut:

a. Membentuk keyakinan diri di kalangan para pelajar cilik.

b. Membina semangat kerjasama di kalangan pelajar. 

c. Mendedahkan para pelajar akan aktiviti kerohanian sebagai salah satu ibadah.

d. Membentuk sikap bertanggungjawab di kalangan para pelajar untuk menjaga kesucian rumah Allah.

2. Program telah dilaksanakan pada 13 Mac bertempat di Surau Cahaya SPK. Aktiviti yang dilaksanakan ialah membersih kawasan persekitaran surau (luar dan dalam), membersihkan tandas dan bilik air serta tempat wudhuk dan diikuti menunaikan Solat Sunat Dhuha yang dikawal selia dan dibimbing oleh guru-guru tadika. 

3.     Sehubungan itu pihak pengurusan TCK ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi memberikan kerjasama dalam program ini. Jazakallahukhairankhatirra.

Program Jiwa Murni Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah

No comments:

Post a Comment