Saturday 18 May 2013

Doa Khusus Untuk Anak-Anak


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati. Disertakan di sini bacaan doa yang PERLU DIAMALKAN SETIAP MASA supaya ianya dapat memberikan manfaat kepada kita. Bacaan doa ini juga telah kami gunakan untuk MENENANGKAN para pelajar yang menangis terutamanya pada minggu pertama persekolahan dan setelah dibaca beberapa kali, sambil memegang dada pelajar berkenaan, pelajar tersebut berhenti menangis dan kelihatan tenang. Alhamdulillah, jadi sila amalkan doa ini sebelum makan seperti semasa menghadiri majlis kenduri ataupun semasa makan di luar bagi mengelakkan terkena sihir dan sesuatu yang tidak dingini. Apa-apapun kita kena yakin yang segala pertolongan itu datangnya daripada Allah.


Cara membacanya ialah, Baca 3 kali pada sebelah pagi selepas solat Suboh dan petang selepas solat Asar.




Selain itu, tuan-tuan dan puan-puan juga boleh mengamalkan membaca 3 ayat terakhir surah Al-Hasyr (ayat 22 hingga 24). Amalkan membaca 3 ayat ini setiap kali selepas solat Suboh sebanyak 3 kali. Cuba fahami maksud ayat-ayat tersebut. Kena yakin, in sya Allah kita akan dilindungi sehingga Suboh esok.

No comments:

Post a Comment