Saturday 18 May 2013

Penjualan Baju Hari Sukan


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa ibupejabat Little Caliphs International Sdn Bhd (LCISB) telah mengeluarkan Baju Hari Sukan khusus untuk hari sukan Tadika-Tadika Little Caliphs. Semua pelajar Tadika Little Caliphs adalah diwajibkan untuk memakai pakaian tersebut pada Hari Sukan.

Tujuan Baju Hari Sukan ini diwajibkan adalah untuk memastikan keseragaman pelajar pada Hari Sukan dan juga untuk mewujudkan suasana yang meriah dengan berbaju sukan yang berbagai warna mengikut rumah masing-masing. Ia juga untuk memberikan pelajar-pelajar satu perasaan teruja dan gembira menanti dan menghadiri Hari Sukan yang akan dilangsungkan sekali dalam setahun. 



Baju-baju Sukan yang dijual adalah dalam warna Merah, Biru, Hijau dan Ungu. Sehelai baju dijual dengan harga RM23.90 dan disediakan dalam saiz S, M, L dan XL. Pembayaran boleh dibuat kepada Pengurusan TADIKA CAHAYA KHALIFAH (TCK) sebelum 15 Jun 2013.
                                           
جزاك اللهُ خيراً



No comments:

Post a Comment