Saturday 18 May 2013

Teknik Al-Baghdadi Untuk Pengajian Al-Qur'an


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa pada 7 Jan 2013 Little Caliphs International Sdn Bhd (LCISB) dan Al-Baghdadi Method Sdn Bhd telah menandatangani MoU untuk menggunakan Teknik Al-Baghdadi di semua tadika-tadika Little Caliphs. LCISB juga telah memutuskan berkaitan pelaksanaan Teknik Al-Baghdadi di semua tadika-tadika Little Caliphs mulai tahun 2013.

1. Penggunaan teknik Al-Baghdadi adalah piawai Little Caliphs bagi teknik membaca Al-Quran di setiap tadika Little Caliphs menggantikan penggunaan Iqra', Qiraati dan lain-lain. Sehubungan itu LCISB telah mengeluarkan arahan rasmi tentang pelaksanaannya mulai tahun 2013.

2. Semua guru-guru tadika Little Caliphs telahpun diberi latihan tentang kaedah penggunaan teknik Al-Baghdadi mulai Jan 2013 dan kursus lanjutan akan dilaksanakan pada penghujung Mac ini, in sya Allah.

3. Bagi melaksanakan program ini yang khusus untuk pelajar berusia 5 dan 6 tahun, setiap pelajar dikehendaki membeli peralatan latihan seperti Buku Tamhid Pra Sekolah, Buku Aktiviti, CD 336 dan Sijil Tamat Tamhid yang semuanya bernilai RM75 (Ringgit Malaysia Tujuh Puloh Lima Sahaja) seorang.                                                

4. Pembayaran boleh dibuat kepada Pengurusan TADIKA CAHAYA KHALIFAH sebelum 29 Mac.

جزاك اللهُ خيراً



No comments:

Post a Comment